Alexander Nanta Linggi | |
---|---|
أليکزيندر ننتا ليڠݢي | |
Menteri Kerja Raya | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Dato Sri Haji Abdul Rahman Mohamad |
Didahului oleh | Dato Sri Fadillah Yusof |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kapit, Sarawak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 1999 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | James Jimbun Pungga |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Dato' Haji Rosol Haji Wahid |
Kawasan pilihan raya | Kapit |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Timbalan | Dato' Haji Rosol Haji Wahid |
Didahului oleh | Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Kawasan pilihan raya | Kapit |
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 Berkhidmat dengan Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub | |
Raja | Abdul Halim Muhammad V |
Perdana Menteri | Mohammad Najib bin Abdul Razak |
Menteri | Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal (2013-2015) Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (2015-2018) |
Didahului oleh | Datuk Joseph Entulu Anak Belaun |
Digantikan oleh | Sivarasa K. Rasiah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Alexander Nanta Linggi 16 Jun 1958 Crown Colony of Sarawak (Sekarang Sarawak, Malaysia) |
Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (sehingga-2018) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018-Sekarang) Perikatan Nasional (PN) (2020-2022) |
Pasangan | Datin Angelina Celestine Ujang Anak Jilan |
Saudara | Wilson Ugak Kumbong (sepupu) |
Pekerjaan | Anggota Parlimen |
Gaji | RM43,637.33 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM8.5 ke 10 juta[1] |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2020 |
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi (lahir 16 Jun 1958) merupakan ahli politik Malaysia dari Parlimen Kapit, negeri Sarawak dan kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya selepas Kerajaan Perpaduan mempunyai mejoriti didalam Parlimen. Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 03 Disember 2022.[2] Beliau adalah dari parti Gabungan Parti Sarawak dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan kini bersama dengan komponen parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Beliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sehingga Mei 2018.
Beliau adalah cucu kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pertama iaitu Jugah anak Barieng dan anak bekas ahli politik Leonard Linggi.[3] Beliau juga merupakan ahli perniagaan, setelah berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd.[4]
Alexander menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010, yang membolehkan beliau menggunakan gelaran kehormat 'Datuk'.[5] Pada 16 Mei 2013, selepas kemenangannya dalam pilihan raya 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak.[6]